Friday, May 04, 2007

JAWI

Alhamdulillah, pagi tadi sebelum pergi office, aku lari kejap pi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kat Pusat Islam tu. Sampai pukul 8.45a.m. Amik nombor, terus keluar nombor aku. Tak ramai orang pagi2. Laju je. Server pun dah tak down. Hehehe (Hari Isnin haritu aku pergi, tapi server down, x boleh buat transaction). So bagila borang yang dah settle dan RM25. Diorang suruh tunggu. So aku pun tunggu la. Dalam 2 jam gak la duk termenung kat situ, baru la nama tunang aku dipanggil. So, Alhamdulillah, settle dah bab kebenaran berkahwin dari JAWI. Lepas ni, nak kene serahkan borang yang dah dapat kebenaran tu kepada Tok Kadi iaitu Ustaz Hassan Al-Fadhli iaitu Imam Masjid Al-Muqarrabin dan booking beliau untuk akad nikah di Masjid tersebut. InsyaAllah, semua berjalan lancar.

Semalam aku balik Seremban, ade kerja yang hendak disettlekan. Iaitu, kemas bilik aku tu. Mak nak buat bilik aku tu sebagai office dia. Office dia sekarang akan pecah dinding untuk jadikan bilik besar dan Along duk situ. Aku pula akan masuk ke bilik along sekarang. So, insyaAllah, aku kahwin nanti akan duduk di bilik along sekarang. Ok la, x de la duk bilik kecik lagi. Cuma aircond je tak transfer, nanti lah, ada duit aku pasang. Nak pasang aircond kat rumah KL dulu kot. Hehe. Mak belikan sarung bantal dan cadar baru kat Jusco. Warna tema. Along pun dah belikan kain sutera dan tudung untuk Kakak Syaliza (hantaran langkah bendul). Settle dah semua hantaran aku. Yang lain kecik2 je. Lusa nak balik Seremban lagi, baju tempah untuk akad siap 07/05 dan settlekan ape yang tak settle lagi.

Sape ye aku nak mintak jadi pengapit? Hmmm.

:)

No comments: