Thursday, April 26, 2007

Kemaskini 03

Hmm, banyak perkara yang aku nak update. Lama dah tak update.

1. Kad kahwin dah siap, dah amik. Settle bab kad kahwin. Tapi belum masanya lagi nak hantar kat orang. Tunggu je la ek :). Kad aku boleh la, cantik gak la (bagi aku). Cuma ada satu je aku tak puas hati, ada la beberapa kad rosak, sebab diorg gam macam cincai je, hampeh betul. Tapi x pe lah, boleh pakai lagi.

2. Barang hantaran dah hampir complete. Haritu pergi One Utama. Murni pilih handbag dan kasut yang dia nak, dan aku tukang bayar je sebagai hantaran aku kepada dia. Huhu. Bleh tahan gak la rega, tapi x pe lah, still mampu lagi, aku proceed je la. Tinggal hantaran untuk kakak dia pulak je lagi (tunang aku langkah bendul). Huhu.

3. Hotel yang aku book untuk honeymoon nanti dah reply email, so dah ada reserved satu room untuk aku nanti, yehaaa! Best! Tinggal nak bayar je nanti. Hopefully semua ok. :P

4. Murni dah pun settlekan borang nikah dia. Baru je tadi abang dia (wali kepada Murni) jumpa Ustaz Hassan untuk mendapatkan pengesahan serta pengesahan anak kariah. Alhamdullilah. InsyaAllah isnin ni aku nak submit kat JAWI borang2 tu. Harap tak ada apa masalah. InsyaAllah.

p/s: Wohooo, tak sabar dan cuak! Haha, masuk hari ni, aku ada 65 hari lagi untuk settlekan banyak perkara. Agak serabut gak la, hoho. Bonus tak masuk2 lagi ni. Waaa. Hahahaha.

:)

4 comments:

++ hainey ++ said...

kad kahwin brape sen n buat kat mana?? info pliss.... :D

akr4m said...

ehehehehee, kad tu sepatutnya rm1.50, tapi tunang aku mulut manis, dapat kurang sampai 95sen je :P

buat kat medan mara, ada kedai cam booth kecik kat bawah tu, nama kedai tak ingat plak, tapi office betul diorg kat sungai besi je, dekat je ngan rumah aku/tunang aku. Hehehe. Cuma ada skit aku x puas hati la ngan kad diorg, ada macam cincai skit diorg buat kad aku tu, tu je.

++ hainey ++ said...

oh...utk seribu ke?? kan??

akr4m said...

aku buat 1200 keping, tapi 600 tunang aku punya design, 600 lagi aku nye design. Tapi dekat2 nak sama je designnya.