Monday, November 20, 2006

Thursday, November 09, 2006

Survey

Hi, selepas survey pelbagai tempat untuk kursus pra-perkahwinan, akhirnya aku jumpa satu tempat yang mana bagi aku rasa easy access untuk aku dan tunang aku pergi kursus. Tempat kursus yang aku maksudkan ialah PERKIM, Sungai Besi. Tarikh tidak pasti lagi, yang pasti ialah ketika aku bercuti pada sabtu dan ahad. Mungkin bulan depan.

Semalam, aku sembahyang maghrib di Masjid Al-Muqarrabbin, yang mungkin menjadi tempat aku akad nikah nanti, insyaAllah. Di notice board masjid tersebut terdapat pemberitahuan mengenai Penolong Pendaftar Perkahwinan untuk kariah Sungai Besi iaitu Ustaz Haji Hassan Al-Fadhli yang juga merupakan Imam masjid tersebut. Alhamdulillah, aku dah ambil no telefon beliau. Selepas menghadiri kursus nanti, aku akan menghubungi beliau untuk mendapatkan borang dan juga bertanya mengenai akad nikah di Masjid Al-Muqarrabin tersebut.

Tempat majlis perkahwinan pun kami sedang mencari, ada kemungkinan besar di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, insyaAllah. Tak booking lagi, mungkin sabtu ni nak pergi tengok dan kalau sesuai, booking terus.

:)

Monday, November 06, 2006

Cahaya Cinta

Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampuku menafikannya
Kejujuran diberi kasih takkan terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku peluklah daku
Janji denganku semai cinta nan satu
Tuhan menguji takkan berhenti
Hanya ku pinta sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga…

Sayangi daku peluklah daku
Janji denganku semai cinta nan satu
Tuhan menguji takkan berhenti
Hanya ku pinta sama serta menjaga
Hingga ke alam syurga…
Hingga ke alam syurga…

Sayangi daku…

Persediaan 1

Aku sedang sibuk dalam pengurusan perkahwinan ni, walaupun masa masih panjang, namun aku tidak suka menangguhkan segala persiapan supaya tiada yang tercicir. Antara yang utama ialah mendaftar kursus perkahwinan. Antara yang telah disurvey ialah PERKIM Desa Tasik, Sungai Besi kerana ia berhampiran dengan kedudukan rumah kami dan memudahkan kami untuk ke sana.

Senarai to-do:

1. Kursus Pra Perkahwinan
2. Borang
3. Pembelian hantaran
3. Tempahan untuk majlis di KL
4. Katerer, pelamin, baju persalinan
5. etc

Prakata


Assalamualaikum,

Perkahwinan itu indah. Perkahwinan itu satu ibadat.

"Mana-mana pemuda yang telah berkahwin, maka menjeritlah syaitan nya seraya berkata : "Aduhai celaka lah diriku, orang muda ini telah selamat dari tipudayaku"." - Sabda Rasulullah SAW

I will update everything about my wedding with my lovely fiance, Siti Murni Mustapha. Alhamdulillah, majlis pertunangan kami yang dilangsungkan secara kecil-kecilan, hanya keluarga terdekat yang hadir telah selamat diadakan pada Ahad, 29 Oktober 2006.







My lovely fiance. Love her so much!

:)