Saturday, January 13, 2007

Kemaskini 02

Hmm, ape nak update ye? Lama dah tak update.

1. Baju untuk nikah, kain Murni dah beli. Untuk aku dan dia. Tempah je belum lagi. Maybe tempah kat Astor, Seremban. Tempat yang slalu aku ngan abah tempah baju melayu. Memang kemas hasil tangan diorang.

2. Haritu pergi jalan2 kat Medan Mara/Semua House, survey package baju nikah dan pelamin untuk nikah kat KL. So, jumpat kat Sayang You, Semua House. Baju nikah memang cantik dan stylo. Budjet pun boleh diterima. Booking 2 pasang baju nikah, untuk KL dan Seremban sekaligus. Makeup artis pun amik untuk KL sahaja. Makeup kat Seremban kene cari lain kat seremban kot. Pelamin untuk KL je. Terpk gak nak letak pelamin kat Seremban, hurmm, x payah lah. Hehe. Total dalam rm3500+.

3. Oh, barang hantaran masih tak bergerak lagi. Still barang yang sama macam dulu. Cuma haritu aku dah pi jalan2 dengan Along kat Nilai3 untuk beli barang nak buat bekas hantaran. So aku choose kaler brown + gold untuk Seremban dan KL meroon. Hehe. Pandai2 la along design.

4. Borang nikah dah ambil kat JAWI, sebab aku pun malas nak cari penolong pendaftar nikah kat seremban tu. So settlekan je la kat KL senang. Nak akad nanti pun kat KL jugak. Ustaz Hassan, penolong pendaftar nikah/kadi/imam Masjid Al Muqarrabin aku dah call tanya pasal urusan pengesahan permastautin, kadi dan juga nak akad nanti. InsyaAllah bulan 3 nanti aku pergi jumpa dia minta pengesahan dan booking masjid/kadi. Tahun ni dah start ujian HIV untuk KL, so kena la pergi buat check nanti. Ujian sah 6 bulan je, so maybe 2-3 bulan lagi baru buat check kot.

5. Photographer still x jumpa2 lagi sebab diorang busy gila sekarang. So, x pe lah dulu. Aku pun dah booking tarikh siap2 dah bayar downpayment pun. Harap ok la kot.

:)