Thursday, November 09, 2006

Survey

Hi, selepas survey pelbagai tempat untuk kursus pra-perkahwinan, akhirnya aku jumpa satu tempat yang mana bagi aku rasa easy access untuk aku dan tunang aku pergi kursus. Tempat kursus yang aku maksudkan ialah PERKIM, Sungai Besi. Tarikh tidak pasti lagi, yang pasti ialah ketika aku bercuti pada sabtu dan ahad. Mungkin bulan depan.

Semalam, aku sembahyang maghrib di Masjid Al-Muqarrabbin, yang mungkin menjadi tempat aku akad nikah nanti, insyaAllah. Di notice board masjid tersebut terdapat pemberitahuan mengenai Penolong Pendaftar Perkahwinan untuk kariah Sungai Besi iaitu Ustaz Haji Hassan Al-Fadhli yang juga merupakan Imam masjid tersebut. Alhamdulillah, aku dah ambil no telefon beliau. Selepas menghadiri kursus nanti, aku akan menghubungi beliau untuk mendapatkan borang dan juga bertanya mengenai akad nikah di Masjid Al-Muqarrabin tersebut.

Tempat majlis perkahwinan pun kami sedang mencari, ada kemungkinan besar di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, insyaAllah. Tak booking lagi, mungkin sabtu ni nak pergi tengok dan kalau sesuai, booking terus.

:)

No comments: