Thursday, March 29, 2007

Ujian HIV 2

Semalam, settle dah buat ujian HIV, dan the result was negative, hehe. Mesti lah, aku tak penah buat pape pekara yang boleh menyebabkan aku dapat penyakit tu. Murni ambil AL semalam. Kerana tujuan dia ialah nak buat pasport (for our honeymoon nanti :)), buat ujian HIV dan pergi LHDN.

Mula2 pergi putrajaya, aku ingatkan imigresen putrajaya boleh buat passport antarabangsa, rupanya tak boleh. Hampeh betul. Lepas tu pergi cari Klinik Kesihatan Putrajaya, pun tak boleh gak, cuma penduduk Putrajaya je yang boleh buat, haram tul. Test yang sekejap tu dan rm1 pun tak mo buat, macam bagus je! Menyampah aku dengan Putrajaya ni. So dengan keadaan bengang2, kami pun pergi WangsaMaju pulak.

WangsaMaju ada imigresen. So Murni pun buat lah passport tu. Mereka kata, dalam sejam dah boleh siap, so kami pun ambil keputusan untuk pergi buat ujian HIV dekat Klinik Kesihatan Keramat. Alhamdulillah, boleh buat ujian tu. Kene bayar RM1 seorang, so aku bayar RM2. Ujian HIV ni guna kit je. Dia amik setitik darah kita, pastu titik liquid ape ntah dekat kit tu, then boleh terus tau result dalam masa 5-10minit je. Nak tau result ialah, 1 line = negative, 2 line = positive.

Lepas settle buat ujian HIV, kami pergi balik ambil passport Murni dan dah pun siap, settle semua perkara. Hehe, dah boleh kahwin dan pergi Honeymoon, yey! Oh ye, Murni dah belikan wedding ring dan hadiah hantaran, best2. Aku pun belikan wedding ring untuk dia gak.

:)

No comments: