Thursday, March 22, 2007

Ujian HIV

Nampaknya, dah sampai masa musim untuk aku mengisi borang permohonan berkahwin sebaik2 mungkin. Ape yang terlintas kat aku hari2 ialah, kat mana klinik yang buat ujian HIV ni. Mende ni penting sebab Wilayah Persekutuan dah start wajib check HIV start 2007. So setelah google beberapa kali, aku jumpa gak senarai klinik panel kerajaan yang buat secara percuma (or maybe kene bayar sikit je kot?) untuk ujian HIV ni.

SENARAI KLINIK KESIHATAN UJIAN SARINGAN HIV JAWI (perkhidmatan percuma)
(Mula 8.30 pagi hingga 3.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat).


* Jabatan Kesihatan DBKL, Jalan Cheras (Rabu sahaja).

* Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Hospital Kuala Lumpur.

* Klinik Kesihatan Putrajaya.

* Poliklinik Komuniti Tanglin Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur.

* Klinik Kesihatan Cheras, Jalan Cheras.

* Klinik Kesihatan Cheras Baru, Kg. Cheras Baru.

* Klinik Kesihatan Batu, Jalan Ipoh.

* Klinik Kesihatan Petaling Bahagia, Jalan Puchong.

* Klinik Kesihatan Datuk Keramat.

* Klinik Kesihatan Kampung Pandan.

* Klinik Kesihatan Pantai Bangsar, Wisma Choshen, Plaza Pantai.

* Klinik Kesihatan Jinjang, Jalan Jinjang Utara Tambahan.

* Klinik Kesihatan Setapak, Medan Makmur Setapak.

* Klinik Kesihatan Sentul, Jalan Perhentian, Sentul.

* Klinik Kesihatan Sungai Besi.

* Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak.

LANGKAH-LANGKAH UJIAN SARINGAN HIV PRAPERKAHWINAN

* Dapatkan borang ujian saringan HIV (Borang Jawi/HIV/2006) di Jawi.

* Bayaran RM10 dikenakan bagi setiap permohonan Ujian Saringan HIV.

* Lengkap dan serahkan borang Jawi/HIV/2006 beserta resit di kaunter pendaftaran klinik kesihatan yang disenaraikan.

* Pemohon jalani sesi kaunseling pra ujian.

* Pemohon jalani ujian pantas Hiv (rapid test).

* Rujuk pegawai perubatan untuk dapatkan keputusan (dalam masa 15-30 minit).

* Jalani sesi kaunseling pasca ujian.

* Keputusan.

p/s : Sumber dari: Utusan.

Untuk alamat klinik, check sini.

1. Klinik Kesihatan Sungai Besi
Jalan Besar Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Tel: 03-90585464
Tel: 03-90586017

2. Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak
N0. 16-18 Jalan Jujur 3,
Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur
Tel: 03-22881071
Fax: 03-22881070

3. Health Clinic Putrajaya
No.1 Jalan P9E, 62250 Putrajaya.
Tel.: 603-8888 3057
Fax: 603-8888 3054

For appointments or tele-triage, contact 03-8888 3221

2 comments:

Brian said...

tidak payah risau. Saya tahu satu laman web yang jual alat ujian hiv di rumah. www.HivTest.com.my. Kawan saya pernah guna. Sangat senang dan keputusan yang cepat.

queen1vy said...

Salam, ada tak kenalan atau kawan-kawan yang nak buat HIV test secara discreet? Saya boleh tolong supply HIV home test kit untuk buat sendiri ujian di rumah. Prosedur mudah dan result dalam 5minit. Ketepatan 99.9% dan telah dinilai oleh Institute for Malaysia Medical Research (IMR). Test kit yang sama digunakan di klinik dan makmal yang menjalankan ujian saringan HIV. Penghantaran percuma dan discreet di seluruh Malaysia. Untuk order sila taip TESTKIT dan sms/whatsapp ke 0138573416. Harap dapat membantu, terima kasih.