Thursday, March 29, 2007

Ujian HIV 2

Semalam, settle dah buat ujian HIV, dan the result was negative, hehe. Mesti lah, aku tak penah buat pape pekara yang boleh menyebabkan aku dapat penyakit tu. Murni ambil AL semalam. Kerana tujuan dia ialah nak buat pasport (for our honeymoon nanti :)), buat ujian HIV dan pergi LHDN.

Mula2 pergi putrajaya, aku ingatkan imigresen putrajaya boleh buat passport antarabangsa, rupanya tak boleh. Hampeh betul. Lepas tu pergi cari Klinik Kesihatan Putrajaya, pun tak boleh gak, cuma penduduk Putrajaya je yang boleh buat, haram tul. Test yang sekejap tu dan rm1 pun tak mo buat, macam bagus je! Menyampah aku dengan Putrajaya ni. So dengan keadaan bengang2, kami pun pergi WangsaMaju pulak.

WangsaMaju ada imigresen. So Murni pun buat lah passport tu. Mereka kata, dalam sejam dah boleh siap, so kami pun ambil keputusan untuk pergi buat ujian HIV dekat Klinik Kesihatan Keramat. Alhamdulillah, boleh buat ujian tu. Kene bayar RM1 seorang, so aku bayar RM2. Ujian HIV ni guna kit je. Dia amik setitik darah kita, pastu titik liquid ape ntah dekat kit tu, then boleh terus tau result dalam masa 5-10minit je. Nak tau result ialah, 1 line = negative, 2 line = positive.

Lepas settle buat ujian HIV, kami pergi balik ambil passport Murni dan dah pun siap, settle semua perkara. Hehe, dah boleh kahwin dan pergi Honeymoon, yey! Oh ye, Murni dah belikan wedding ring dan hadiah hantaran, best2. Aku pun belikan wedding ring untuk dia gak.

:)

Thursday, March 22, 2007

Ujian HIV

Nampaknya, dah sampai masa musim untuk aku mengisi borang permohonan berkahwin sebaik2 mungkin. Ape yang terlintas kat aku hari2 ialah, kat mana klinik yang buat ujian HIV ni. Mende ni penting sebab Wilayah Persekutuan dah start wajib check HIV start 2007. So setelah google beberapa kali, aku jumpa gak senarai klinik panel kerajaan yang buat secara percuma (or maybe kene bayar sikit je kot?) untuk ujian HIV ni.

SENARAI KLINIK KESIHATAN UJIAN SARINGAN HIV JAWI (perkhidmatan percuma)
(Mula 8.30 pagi hingga 3.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat).


* Jabatan Kesihatan DBKL, Jalan Cheras (Rabu sahaja).

* Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Hospital Kuala Lumpur.

* Klinik Kesihatan Putrajaya.

* Poliklinik Komuniti Tanglin Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur.

* Klinik Kesihatan Cheras, Jalan Cheras.

* Klinik Kesihatan Cheras Baru, Kg. Cheras Baru.

* Klinik Kesihatan Batu, Jalan Ipoh.

* Klinik Kesihatan Petaling Bahagia, Jalan Puchong.

* Klinik Kesihatan Datuk Keramat.

* Klinik Kesihatan Kampung Pandan.

* Klinik Kesihatan Pantai Bangsar, Wisma Choshen, Plaza Pantai.

* Klinik Kesihatan Jinjang, Jalan Jinjang Utara Tambahan.

* Klinik Kesihatan Setapak, Medan Makmur Setapak.

* Klinik Kesihatan Sentul, Jalan Perhentian, Sentul.

* Klinik Kesihatan Sungai Besi.

* Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak.

LANGKAH-LANGKAH UJIAN SARINGAN HIV PRAPERKAHWINAN

* Dapatkan borang ujian saringan HIV (Borang Jawi/HIV/2006) di Jawi.

* Bayaran RM10 dikenakan bagi setiap permohonan Ujian Saringan HIV.

* Lengkap dan serahkan borang Jawi/HIV/2006 beserta resit di kaunter pendaftaran klinik kesihatan yang disenaraikan.

* Pemohon jalani sesi kaunseling pra ujian.

* Pemohon jalani ujian pantas Hiv (rapid test).

* Rujuk pegawai perubatan untuk dapatkan keputusan (dalam masa 15-30 minit).

* Jalani sesi kaunseling pasca ujian.

* Keputusan.

p/s : Sumber dari: Utusan.

Untuk alamat klinik, check sini.

1. Klinik Kesihatan Sungai Besi
Jalan Besar Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Tel: 03-90585464
Tel: 03-90586017

2. Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak
N0. 16-18 Jalan Jujur 3,
Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur
Tel: 03-22881071
Fax: 03-22881070

3. Health Clinic Putrajaya
No.1 Jalan P9E, 62250 Putrajaya.
Tel.: 603-8888 3057
Fax: 603-8888 3054

For appointments or tele-triage, contact 03-8888 3221

Sunday, March 18, 2007

Kad Kahwin

Hmm, update lagi. Semalam aku pergi ke Medan Mara bersama ayang untuk mengusha kad kahwin kami. Akhirnya, ayang buat pilihan untuk buat kat kedai bawah tu je (bukan kedai sebelum ni). Design ok la, yang kaler brown tu macam grand skit tapi tak la grand sangat. Tapi sayang, kaler meroon untuk tema ayang takde. Tapi dia proceed gak dengan kaler putih. Maybe kami buat asing, ayang amik kaler putih, aku amik kaler brown.

Aku dan ayang dah bagi detail kami ape yang nak tulis dalam kad tu, map pun dah bagi. Aku bagi map yang ada dalam kad kahwin along dulu tu je. Price? Hehe RM0.95 je. Bleh tahan la sebab aku memang budjet kad sekeping RM1. Buat dalam 600keping setiap sorang. So 1200keping dalam RM1140. RM570 seorang. InsyaAllah, awal bulan 4 siap.

Borang dah bagi kat ayang, tinggal nak isi je. Awal bulan 4 aku nak settlekan semua kalau boleh dan submit terus kat JAWI. InsyaAllah.

p/s : seriously, i need to ready myself for tanggungjawab, rohani, jasmani, financial etc. hopefully we will be ok after living together as a husband and wife. InsyaAllah.

:)