Thursday, April 26, 2007

Kemaskini 03

Hmm, banyak perkara yang aku nak update. Lama dah tak update.

1. Kad kahwin dah siap, dah amik. Settle bab kad kahwin. Tapi belum masanya lagi nak hantar kat orang. Tunggu je la ek :). Kad aku boleh la, cantik gak la (bagi aku). Cuma ada satu je aku tak puas hati, ada la beberapa kad rosak, sebab diorg gam macam cincai je, hampeh betul. Tapi x pe lah, boleh pakai lagi.

2. Barang hantaran dah hampir complete. Haritu pergi One Utama. Murni pilih handbag dan kasut yang dia nak, dan aku tukang bayar je sebagai hantaran aku kepada dia. Huhu. Bleh tahan gak la rega, tapi x pe lah, still mampu lagi, aku proceed je la. Tinggal hantaran untuk kakak dia pulak je lagi (tunang aku langkah bendul). Huhu.

3. Hotel yang aku book untuk honeymoon nanti dah reply email, so dah ada reserved satu room untuk aku nanti, yehaaa! Best! Tinggal nak bayar je nanti. Hopefully semua ok. :P

4. Murni dah pun settlekan borang nikah dia. Baru je tadi abang dia (wali kepada Murni) jumpa Ustaz Hassan untuk mendapatkan pengesahan serta pengesahan anak kariah. Alhamdullilah. InsyaAllah isnin ni aku nak submit kat JAWI borang2 tu. Harap tak ada apa masalah. InsyaAllah.

p/s: Wohooo, tak sabar dan cuak! Haha, masuk hari ni, aku ada 65 hari lagi untuk settlekan banyak perkara. Agak serabut gak la, hoho. Bonus tak masuk2 lagi ni. Waaa. Hahahaha.

:)

Wednesday, April 04, 2007

Anak Kariah

Alhamdulillah, hari ni aku dapat jumpa Ustaz Pauzi Bin Ilias iaitu Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di Masjid Jamek Sungai Besi, KL. Aku jumpa Ustaz Pauzi kerana nak minta tanda tangan pengesahan beliau mengenai anak kariah, ic aku alamat Seremban, tapi aku settlekan di KL je. Bukit Jalil area rumah aku ni kariah Sungai Besi. Beliau dah sign semua borang aku tu dan settle dah semua. Lepas ni kene bagi semua form aku tu kepada Murni untuk dia pulak settlekan borang dia. Murni punya borang banyak sikit sebab nak kene bawak Wali serta Saksi jumpa Ustaz Hassan Al- Fadhli di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan. Hopefully tak ada masalah hendaknya. Harap boleh settle cepat. So tak la kelam kabut nanti.

:)