Tuesday, September 04, 2007

Wednesday, June 06, 2007

The Invitation

To all who know me and reading this blog, i'm saving a tree for my (future) children, please accept this e-card same as a physical card. It's still the same event. I still inviting you to come to my wedding ceremony. It's time!






:)

Saturday, June 02, 2007

Duit Hantaran 02

Tadi balik Seremban kejap, tengok Pak Uda masuk wad. Lepas tu singgah rumah kejap, cheque dah siap copy photostat colour untuk tujuan hantaran nikah nanti. Cheque original akan diserahkan awal kepada tunang aku. So, selamat duit hantaran tu. Cheque ni ada security features, tak boleh senang2 tiru. Akunye peniruan ni bukan tujuan untuk penyalahgunaan, tapi just untuk hantaran je, tu je. Memang tak boleh nak tiru sebijik2. Janji dapat bentuk cukup la. Hehe.

Lepas dah bank-in cheque ni kat Murni nanti, boleh la dia settlekan apa yang dia nak buat dengan duit hantaran tu. Settle for my part. Ohh, duit mas kawin nak kene settle kan. RM80 untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kene tukar duit baru RM10 lak, nak kene bagi kat Along untuk dia settlekan ape patut.

:)

Sunday, May 27, 2007

Kemaskini 04

Perkara yang paling aku risau selama ni selain nak akad nanti akhirnya dah settle. Hari ni, lepas zohor, aku dah jumpa Ustaz Hassan di Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan untuk bagi borang nikah yang telah pun mendapat pengesahan JAWI dan juga untuk menempah Kadi (beliau) untuk akad nikah di masjid tersebut. Alhamdulillah. Ustaz Hassan pun dah take note. Harap berjalan lancar, insyaAllah.

Lepas tu, aku bersama tunang aku, bakal kakak ipar dan bakal mak mertua aku pun pi Semua House kat Jalan Tunku Abdul Rahman tu. Tujuan ialah nak fitting baju kahwin. Baju dah siap untuk kenduri di KL, cuma ada sikit nak kene modified sebab seluar labuh sangat. Baju semua ok. Baju untuk kenduri di Seremban masih tak boleh test lagi sebab baju sewa, so ada orang lain nak pakai dulu, huh! Nasib baik yang kenduri belah KL kami pengguna pertama (perasmi) hehe. Samping untuk akad nikah pun dah beli. Settle bab tu. Tinggal nak beli kasut je lagi.

Oh ye, photographer pun aku dah jumpa, Azam dari Digital Syndicate, korang boleh check hasil kerja photography mereka di http://www.digitalsyndicate.com.my.

Kad pun dah start post (untuk kawan2 skolah dan kolej dulu, well, i have surprise many friends of mine about my wedding haha). Cuti pun dah apply kat bos, bos ok je luluskan. Maybe esok baru nak bagi kat HR borang cuti tu. Kad2 jemputan akan diedarkan pada awal bulan jun kot untuk rakan2 kerja, a few of them already knew about my wedding. So, just wait and see!

:)

Tuesday, May 22, 2007

Last Anniversary

Today, 22 May 2007 is our 4th and last anniversary for being a couple before married. Yep, i'll propose the relationship on this date 4 years ago. Hehe. Banyak pengalaman suka duka selama aku dengan tunang aku bersama. Well, hari ni ialah anniversary yang terakhir untuk kami bercouple before married kerana selepas ni, tarikh anniversary kami akan bertukar. Hehe. Well, to my lovely fiance, i love you so much, i hope our relationship before and after we get married will be strong, happily and long lasting for ever. I love you so much! Muahhhh!

p/s: Kene beli chocolate kot sat gi, hehe.

:)

Friday, May 18, 2007

Duit Hantaran

Hmm, 2 hari lepas, lepas aku hantar tunang aku pi office, aku singgah kat Maybank TTDI untuk buat banker's cheque. Tujuan aku untuk buat cheque tu ialah untuk duit hantaran. Berapa? Will not disclose here, hehe. Mak aku dah discuss ngan bakal mak mertua aku (huuuu!) mengenai hantaran tu haritu. Mak aku kata, buat cheque, than scan and print colour, lepas tu letak dalam frame. Cheque sebenar akan diberi awal kepada tunang aku. Hehe, nice trick ek. Yep, this is for security reason. Bahaya bawak benda2 berharga ni, walaupun kenduri. Susah nak jaga. Better like that. Bukannya aku tak bagi, cuma presentation style je lain. Well, x kisah la ape orang nak kata pun, hehe.

Maybe duit mas kawin la buat hias2 sikit, tak kisah la tu. Duit hantaran sikit je. Kuala Lumpur RM80. Huuu. Barang2 pulak, mak kata 7-9, tapi bila aku kira2 balik, dah lebih 7-9 ni, hahaha, blasah je.

:)

Thursday, May 10, 2007

Baju Akad Nikah

Baju melayu untuk Akad Nikah pun dah siap. Kain Murni yang belikan. Kain jenis ape ntah. Tempah dalam masa sebulan je kat trusted tailor, Astor. RM110 gak la kene charge. Huu! Lari banyak dah ni budjet ni, haha. Camno?

Alhamdulillah, dua hari lepas, aku dah berjaya kemas segala barang aku kat Seremban. Pengumpul sampah rupanya aku ni, adeh, banyak resit je. Settle!

Anyway, kad kahwin aku dah bawak balik untuk Mak dan Abah. Agak banyak gak balanced aku bagi mereka. Untuk aku dah cukup kot. Kawan2 yang aku tak dapat nak hantar kad, guna e-kad (kad yang aku scan) pun ok kot ek? Hehe. InsyaAllah, awal bulan depan aku distribute semua kad2 tu.

Harapnya, borang nikah boleh settle dalam minggu ni dan hopefully baju kahwin dah boleh fitting. InsyaAllah.

Wah, sampai waktu ni, aku ada 1 bulan, 2 minggu dan 6 hari je lagi. Huuu!

:)